Posts

Showing posts from September, 2025

LAKORN : BLONDIE IN AN ANCIENT TIME

 Lama sebennarnya tidak menonton Lakorn. Scroll2 tiktok terjumpalah satu Lakorn ni yang berkisar tentang Travel Time Drama. Saya terus teringat kisah dalam Love Destiny hehe. Ini memang Lakorn paling mananglah he he. Ok, tentang Lakorn bertajuk Blondie in an Ancient Time, jujur saya tidak mengenali ML dan FL dalam drama ini. Pastinya bukan dalam kalangan pelakon handalan Thai ataupun mungkin muka2 baharu sebab saya memang sdh lama tdk menonton Lakorn. Dari segi mutu lakonan pastinya kita masih terbayang-bayangkan kemantapan lakonan Bella, Yaya, Mark, Nadech he he tapi bolehlah sebab saya menonton Lakorn ini kerana tertarik dengan jalan ceritanya jadi pelakon tu letak tepi. Drama ini tentang seorang influencer (FL) pada zaman kini bernama Phrae yang selalu mengalami kegagalan dalam percintaan. Rata-rata lelaki yang mendampinginya hanya mempergunakan dirinya Dan juga kekayaannya untuk kepentingan mereka. Hal ini menyebabkan Phrea berasa kecewa dalam soal percintaan. Oleh itu, dia tel...

KDRAMA - LOVE YOUR ENEMY

Jika anda mencari Kdrama  yang santai untuk ditonton maka drama ini boleh dimasukkan dalam senarai drama anda. Jalan cerita drama ini sangat santai. Tidak ada konflik yang memenatkan jiwa dan minda kita untuk memahaminya. Ini bersesuaian dengan genre drama ini sebagai romcom drama. Drama ini dibintangi oleh Ju Ji Hoon sebagai ML dan Jung Yu Mi sebagai FL. Berdasarkan komen-komen netizen dalam tiktok, ramai yang menyatakan ketidaksesuaian Ju Ji Hoon memegang watak untuk romcom drama. Selepas menonton drama ini, saya juga menyokong pandangan tersebut he he. Ia tidaklah kaku, Ji Hoon masih boleh membawa watak sebagai Seok Jiwon dengan baik cm mungkin disebabkan penampilannya  yang macho atau bayangan wataknya dalam action drama menyebabkan ada sedikit kejanggalan apabila menonton beliau sebagai hero romcom drama. Drama pertama beliau yang pernah saya tonton adalah Princess Hour iaitu lakonannya bersama Yoon Hey. Peminat Kdrama pasti tahun akan drama ini. Untuk FL pula, Jung Yu Mi...

KDRAMA : WHEN THE PHONE RINGS

 Akhirnya berjaya juga saya menonton drama ini. Tahun lepas (2024) drama ini merupakan antara drama yang mencapai rating tertinggi semasa tayangannya. Saya berusaha untuk menahan diri menunggu sehingga drama ini selesai ditayangkan sepenuhnya walaupun spoiler ada di mana2 he he but i love spoiler. Drama ini pada saya agak santai sebab istilah santai untuk saya adalah cerita yang tidak menyesakkan jiwa dan menyerabutkan minda. Jalan cerita yang paling malas untuk saya tonton adalah kisah cinta yang main tarik tali walhal dalam hati punyalah suka. Penat weeii minda dan mata melihat kisah sebegini. Sepatutnya bak kata si Bella "Kalau suka, sukalah, kalau ko tidak suka, saya suka, saya sukalah" ha ha Ok...berbalik pada cerita ini, pada saya agak menarik sebab tidak sama seperti cerita kahwin kontrak yang lain. Agak berbeza sedikit walaupun agak klise kerana masih berkisar pada konflik perkahwinan kontrak. Pada awalnya, saya menjangkakan Baek Sa-eon ini sangatlah kejam dan bertind...

THE TRAUMA CODE : HEROES ON CALL

 Wow...ini pun mantap. Selepas menonton Love Your Enemy bertemu lagi dengan Ju Ji Hoon sebagai Dr Baek Gang Hyeok iaitu seorang pakar bedah kecemasan dan trauma. Drama ini best sangat-sangat ya korang. Rugi jika tidak tengok dan secara jujurnya saya memang mengharapkan cepat-cepatlah keluar season 2. Drama ini genre medical/humor. Dimulakan dengan aksi gagah Dr Baek sebagai ahli Black Wings kalau saya tidak salah ketika dia bertugas di Afghanistan. Di sana, Dr Baek telah berkhidmat membantu ahli kumpulan tersebut ketika dalam peperangan. Disebabkan oleh kekecewaan menteri kesihatan terhadap perkhidmatan traum di hospital-hospital maka akhirnya beliau telah memanggil Dr Baek kembali ke Korea. Di sinilah perkembangan cerita ini sangat menarik. Pemaparan aksi bagaimanan Dr Baek berjuang dalam memastikan pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dapat diselamatkan walau di mana mereka berada. Tu yang dia sanggup naik malah dia sendiri jadi pilot ketika melakukan operasi menyelamat di g...

FIREWROKS OF MY HEART - CDRAMA

Saya tertarik untuk menonton drama ini kerana kecantikan FL iaitu Wang Churan. Tambahan pula digandingkan lagi dengan aktor Yang Yang memang mantaplah gandingan si ganteng dan si cantik jelita ha ha. Jika anda penggemar Cdrama anda pasti akan terbaca bagaimana haters membantai habis-habisan Wang Churan dalam drama ini kerana bagi mereka yang layak untuk Yang Yang hanyalah Dilraba actress idol mereka. Namun pada saya, ini adalah perkara yang normal dalam kalangan peminat. Ada yang suka malah sampai ke tahap fanatik sehingga tidak sanggup hero kesayangan mereka digandingkan dengan actress yang cantik dan beranggapan pasangan yang mereka harapkan akan menjadi pasangan realiti. Kembali kepada Cdrama ini, salah satu tarikannya ialah kerana kisahnya adalah berkaitan dengan unit beruniform. Kisah antara ahli bomba dan juga doctor. Memanglah kalau ditengok dari segi perjalanan cerita, alur cerita drama ini memang bersifat sinetron tetapi oleh sebab ia berkisar tentang kehidupan ahli bomba da...

KDRAMA : LIFE

Kalau anda ingin menonton romance drama yang ingin clean bolehlah masukkan drama ini dalam list anda. Drama ini mmg clean secleannya ha ha. Romancenya sipi2 tapi masih terasa keromantisaannya. Barisan pelakonnya kalau tengok review dramanya memang mantap jugalah walaupun yang saya kenal hanyalah Lee Dong Wok he he. Yang lain tu, semua kenal juga means pernah tgk drama-drama diorang sebelum ini tapi saya tidak mengenali nama sebenar mereka. Kalau anda menonton drama ini, akan wujud kekeliruan siapa ML yang sebenarnya. Sepatutnya ada Lee Dong Wok maka dialah kan he he pada pandangan awal saya tapi tumpuan saya pada cerita ini Ahjussi Cho Seung Woo. Nampak gentleman betul ahjussi di sini he he berbanding dengan Lee Dong Wok yang nampak oppa oppa style. Satu lagi kelebihan drama ini adalah watak-watak sampingannya terdiri daripada ahjussi-ahjussi yang terkenal memegang peranan yang jahat dalam Kdrama tapi di sini kesemua mereka baik-baik belaka he he jahat-jahat pun sikit-sikit sahaja. Ras...