KDRAMA - LOVE YOUR ENEMY
Baik..kita mulakan kisah drama ini. Drama ini mengisahkan tentang permusuhan dua keluarga yang agak berpengaruh jugalah dalam bandar kecil yang mereka diami. Permulaan konflik ini adalah rentetan daripada perebutan seorang wanita antara datuk Yun Jiwon dengan datuk Seok Jiwon. Perebutan tersebut menyebabkan timbul dendam antara dua keluarga. Namun demikian, konflik tersebut sebenarnya hanya melibatkan datuk Yun Jiwon dan bapa Seok Jiwon sahaja. Nama diorg ni pun sama juga he he. Sebab itulah dari kecil mereka sebenarnya rapat. Kemuncak kepada konflik ini apabila ayah Seok Jiwon ingin membuka padang golf untuk membangunkan syarikatnya tetapi dihalang oleh datuk Yun Jiwon kerana mengancam ekosistem khususnya Gunung Dokmak di bandar kecil mereka.
Dalam kemelut dua keluarga ini, Seok Jiwon dan Yun Jiwon sempat menjalin hubungan cinta monyet ketika berada di sekolah menengah namun apabila berlaku insiden antara ayah Dan datuk mereka maka mereka akhirnya terpisah. Perpisahan ini pula dirumitkan dengan salah faham antara mereka berdua. Kedua-duanya berusaha untuk sailing menghubungi namun dihalang secara diam-diam oleh Jihye iaitu sahabat karib Yun Jiwon yang juga menyukai Seok Jiwon. Dalam fasa ini, kedua-dua mereka melalui fasa penderitaan yang tersendiri. Yun Jiwon dengan kematian ibu bapanya dan ancaman di tempat kerja manakala Seok Jiwon dengan prasangkanya terhadap Yun Jiwon. Namun pada dasarnya macam biasalah mereka ini sebenarnya sailing merindui.
Setelah 18 tahun, mereka bertemu semula di sekolah lama mereka. Sekolah tersebut dahulunya dipengerusikan oleh datuk Yun Jiwon namun ia telah dibeli dan dirampas oleh ayah Seok Jiwon sebagai langkah untuknya membalas dendam. Seok Jiwon yang sebelum ini membina kariernya di Dubai telah kembali ke kampung halaman dan menggunakan helah nakalnya untuk menjadi pengerusi sekolah itu apabila mengetahui Yun Jiwon bertugas sebagai guru di sekolah tersebut. Pada dasarnya, Seok Jiwon dan ibunya tidak bersetuju dengan dendam ayah Seok Jiwon yang mereka anggap remeh dan kebudak-budakan. Hanya dengan menonton drama ini maka anda akan dapat ketahui bagaiman Seok Jiwon menentang ayahnya. Dia sendiri cuba menghentikan niat ayahnya untuk membuka padang golf tanpa ada perancangan rapi sehingga menjejaskan sekolah itu sendiri. Di sini memang powerlah watak Seok Jiwon sebab dia digambarkan sebagai seorang yang berdikari dan sukses dalam karier menyebabkan ayahnya tidak mampu untuk mengawalnya. Ini berbeza dengan kdrama lain yang memaparkan watak hero yang dikawal dan dimanipulasi oleh orang tua. Tapi Seok Jiwon ini memang melawan ayahnya Dan tidak gentar walaupun diusir oleh ayahnya.
Apabila mereka telah bertemu kembali, pastinya huru hara lah jadinya he he. Pertaruhan seperti mana mereka pernah buat ketika di sekolah menengah dahulu juga mereka buat dan pastinya kesan daripada pertaruhan inilah hubungan mereka akhirnya bertaut kembali setelah bukti Salah faham antara mereka ditemui. Yun Jiwon menemui segala chat yang pernah dihantar oleh Seok Jiwon kepadanya tapi telah didelete oleh Jihye dalam folder spam telefon lamanya manakala Seok Jiwon pula menemui surat luahan Yun Jiwon kepadanya suatu ketika dahulu. Nah....dari sinilah kisah cinta mereka bertaut kembali dengan satu Azam walau apapun yang menghalang mereka akan atasi bersama.
Pastinya ada watak sampingankan...kemunculan Munsu guru pelatih di bawah Yun Jiwon dengan watak Jihye menjadi ancaman. Tapi anda jangan risau, semua watak sampingan ini baik-baik belaka he he. Tersangatlah baik. Apabila mereka tahun yang mereka tidak punya tempat di hati ML dan FL maka mereka tidak meroyan ha ha. Mereka menerima seikhlasnya malahan berusaha untuk membantu agar ML dan FL akan terus bersama. Jadi tidak ada konflik yang berat.
Konflik berat tapi masih manja-manja ni adalah tentangan terhadap hubungan mereka. Tapi itulah saya kata, manja-manja sahaja sebab yang sepenuh hati menentang hanya ayah Seok Jiwon. Itupun dia tak der lah kejam sangat. Dia dengan datuk Yun Jiwon ni macam Tom n Jerry he he bergaduh tapi saling membantu. Ibu Seok Jiwon pun tersangatlah menantu dambaan syurga ha ha. Dia tidak memilih bulu. Dia hanya pentingkan kebahagiaan anaknya. Begitu juga dengan datuk Yun Jiwon. Diapun tidaklah degil sangat. Gaduh-gaduh manja saja. Lagipun Yun Jiwon bukan jenis perempuan lemah. Dia tegas dan yakin dengan pendirian mereka. Tu yang susah ayah Seok Jiwon menundukkan tu he he.
Pasti ada plot twist yang menyedihkan. Gyeongjun iaitu anak angkat datuk Yun Jiwon yang telah mengkhianati ayah angkatnya malah dia juga membunuh ibu bapa Yun Jiwon dengan mengakibatkan kemalangan. Ini memang part sedih apatah lagi pada waktu ini datuk Jiwon dalam fasa mula nyanyuk iaitu mulai lupa dan hilang ingatan.
Ending cerita ini ditutup dengan kemas. Happy ending pastinya ya. Cuma biasalah dekat-dekat peleraian tu pasti klimaks berlaku. Dekat-dekat nak kawin di situlah konflik berlaku tapi konflik manja-manja saja. Ending untuk watak-watak sampingan juga semua ok. Memang puas hatilah tengok drama ini.
# Jika anda inginkan cerita santai, plot ringkas, ada unsur humor Dan masih mampu untuk membangkitkan emosi sedih anda, drama ini sangat recommended.
REVIEW KDRAMA = 20 JANUARI 2025
# Kutonton drama ni sampai jam 2.30 pagi. Perangai marathon ni sdh lama tidak kubuat dan sebaik2nya jangan diamalkan he he
Comments
Post a Comment