PILIHAN TERBAIK : LEWATI DAN TEMPUHI
15 Sept 2024 – Ahad Alhamdulillah keputusan egTukar telahpun diketahui. Permohonan pertukaran saya kembali bertugas ke negeri asal telah berjaya dengan izin Allah. Ketika saya mengambil keputusan untuk berpindah, perkara utama yang saya lakukan adalah solat isthikarah iaitu meminta bantuan dan petunjuk daripada Allah agar setiap tindakan ini adalah atas redaNya. Saya menerima kunjungan daripada beberapa orang penting pendidikan di negeri tempat saya berkhidmat sekarang dan juga di negeri tempat saya ingin berpindah. Daripada situ, saya mendapat banyak sokongan dan panduan cara untuk mendapatkan pertukaran ini. Namun demikian, ia tidaklah berlaku dengan mudah. Allah tetap bagi ujian-ujian ketika dalam proses pengurusan perpindahan ini yang memerlukan tumpahan air mataku kepadaNya. Saya memandang ini dari sudut Allah ingin saya betul-betul berharap hanya kepadaNya. Di saat saya menangis sampai meraung apabila masalah-masalah timbul dalam sepanjang pengurusa...